Tuesday, June 18, 2013

Keperluan Pemakanan Anak

Being a parent, kesihatan anak-anak selalu menjadi keutamaan kita. Sering kali kita lebih risaukan kesihatan anak dari kesihatan diri sendiri. Oleh itu di sini ingin saya kongsi lima perkara penting tentang keperluan pemakanan anak yang ibu bapa perlu tahu.

 1. Khasiat pemakanan daripada sumber semula jadi.

Setiap makanan yang berbeza membekalkan khasiat pemakanan yang berbeza. Memberi anak makanan pelbagai jenis dalam satu-satu masa mampu membekalkan kalori, lemak, vitamin dan mineral untuk tumbesaran anak seterusnya memastikannya sentiasa sihat. Kanak-kanak memerlukan kalsium yang tinggi iaitu kira-kira 800mg sehari. Oleh yang demikian, mereka perlu makan makanan yang kaya kalsium seperti susu, keju dan dadih. Buah-buahan dan sayur-sayuran pula membekalkan vitamin A dan C. Untuk mendapatkan zat besi dan protein secukupnya, anak anda mesti mengambil daging dan kekacang. Selain itu, produk bijirin seperti roti dan bijirin sarapan pagi juga menyumbang ke arah peningkatan bekalan zat besi dan folat yang diperlukan oleh kanak-kanak.

2. Jangan sekat anak makan

Kanak-kanak perlukan lemak secukupnya supaya mereka dapat membesar dengan sihat dan mengekalkan tenaga pada tahap yang tinggi. Ketika memberi anak makan, tidak perlulah anda beri dia makanan yang rendah kalori. Misalnya, susu. Berilah anak minum susu penuh krim dan bukan yang rendah lemak melainkan atas arahan doktor. Secara umumnya, kanak-kanak perlukan 30% kalorinya daripada lemak. Kebanyakan garis panduan keperluan khasiat pemakanan kanak-kanak bagi yang berusia di antara 1 hingga 3 tahun, mencadangkan agar mereka mengambil di antara 1000 hingga 1300 kalori setiap hari. Pakar pemakanan juga menyarankan agar kanak-kanak mendapat 16gm atau lebih protein setiap hari. Walau bagaimanpun, keperluan ini boleh berubah sekiranya anak anda terlalu kurus atau terlebih berat badan.

3. Pentingnya vitamin 

Pakar pemakanan mencadangkan kanak-kanak mengambil 40mg vitamin C, 400mikrogram vitamin A, 10mg zat besi, 10mg zink dan 50 mikrogram folat setiap hari.

4. Tambah saiz hidangan 

Walaupun anda mahu memastikan anak diberi makan berdasarkan keperluan pemakanan mereka yang telah digariskan, kuantiti makanan yang diambil oleh anak perlulah diambil kira. Kuantiti makanan yang diambil oleh kanak-kanak ialah di antara 1/4 hingga 1/3 saiz makanan orang dewasa. Selain itu, ramai juga kanak-kanak tidak suka makan tiga kali sehari. Sebenarnya, selagi anak anda mendapat cukup kalori untuk perkembangan mereka, anda tidak perlu risau. 

 5. Bahaya kurang khasiat pemakanan 

Sekiranya anak anda tidak dapat memenuhi keperluan nutrisi hariannya, dia mungkin berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan. Kanak-kanak boleh mendapat anemia sekiranya zat besi yang diambilnya tidak cukup. Kanak-kanak yang menghidapi anemia mudah rasa letih dan pucat. Selain itu, jika seseorang kanak-kanak itu kekurangan zink, deria akan terganggu. Akibatnya, mereka hilang selera makan. Sekiranya anak anda tidak makan dengan betul, perkembangan dan tumbesaran mereka turut terjejas.


As a parent memang kita cuba bagi yang terbaik untuk anak tetapi kebanyakkan kanak-kanak, mereka sering cenderung untuk memilih makanan yang kurang berkhasiat, suka makan makanan ringan atau junk food. Keadaan ini amatlah membimbangkan kerana dikhuatiri mereka akan kekurangan nutrien penting untuk pembesaran fizikal dan pertumbuhan otak.

Oleh kerana itu adalah amat penting untuk kita memberikan makanan tambahan ataupun supplement untuk memenuhi keperluan nutrisi harian mereka.

Cadangan supplement untuk kanak-kanak adalah seperti berikut:



Hubungi saya untuk mendapat lebih info atau pun membuat pesanan.