Showing posts with label OsteMatrix. Show all posts
Showing posts with label OsteMatrix. Show all posts

Tuesday, July 9, 2013

Tips Pemakanan Semasa Hamil dan Berpuasa

Mampu ke kita berpuasa ketika hamil? Kajian menunjukkan hampir 70% wanita muslim memilih untuk berpuasa ketika Ramadhan. Selagi tidak memudaratkan kesihatan, insyaAllah boleh. Saya sendiri berpuasa sepanjang Ramadhan ketika sarat mengandungkan anak kedua.

Apakah cara terbaik bagi wanita hamil berbuka puasa? 

Tiada pelan makanan khas yang perlu anda ikuti, tetapi anda boleh mencuba tips berikut sebagai cara terbaik untuk berbuka. Mulakan dengan:
  • tiga biji kurma dan jus (bagus untuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah) 
  • susu atau yogurt rendah lemak
  • sup jernih

Kemudian, makanlah hidangan seimbang yang mengandungi:
  • sepinggan salad atau ulam-ulaman sebagai hidangan pembuka selera 
  • protein daripada ayam, daging atau ikan, atau lentil, kacang pis atau kekacang 
  • karbohidrat kompleks daripada nasi beras perang dan roti bijian penuh
  • banyak sayur-sayuran 

Elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah pertambahan berat, pengambilan makanan kurang berkhasiat dan mengalami ketakcernaan. 

Apakah saya perlu makan sahur jika saya berpuasa semasa hamil? 

Bersahur sangat penting jika anda berpuasa. Ia akan mengekalkan tahap tenaga anda pada waktu siang. Jangan tinggalkan sahur kerana ia dapat membekalkan nutrien penting dan tenaga yang di perlukan untuk kekal cergas pada sepanjang hari. Ia juga akan mengurangkan simptom-simptom kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk. 

Hidangan sahur yang sihat mungkin mengandungi: 
  • nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan kari atau korma cair
  • bijirin berserat tinggi atau bran dengan susu skim rendah lemak
  • buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang. 

Elakkan meminum teh/kopi semasa sahur kerana ia boleh membuat anda ternyahhidrat. 


Selain daripada itu, anda amat digalakkan untuk mengambil makanan tambahan bagi memenuhi keperluan nutrien lebih-lebih lagi sewaktu hamil di mana segala nutrisi dalam badan akan diserap/dikongsi dengan bayi di dalam kandungan. Pastinya kita perlu kekal sihat supaya bayi dalam kandungan juga membesar dengan sempurna.

Cadangan suplemen sewaktu hamil adalah:
  • Vitalea 
  • B Complex 
  • Vitamin C
  • Ostematrix 
  • ESP
  • OmegaGuard

Untuk free consultation atau membuat pesanan sila hubungi saya:
SMS/Whatsapp: 016-225 4594 (Fadilah)

Tips Tambah Susu Ibu Sepanjang Ramadhan

Bulan Ramadhan telah pun tiba, syukur kita diberikan Allah kesihatan yang baik untuk menunaikan kewajiban kita di bulan yang mulia ini. =)

Kali ini ingin saya kongsikan beberapa tips gerak-gempur untuk para ibu menyusu khususnya supaya dapat meneruskan dan menjayakan penyusuan anda sepanjang berpuasa. Bukan hanya sepanjang Ramadhan je boleh cuba tips ini, bila-bila pun boleh.

1. Kerapkan Menyusu/Mengepam

  • Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam.
  • Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerahan susu.
  • Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan.
  • Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini.

2. Jangan Tunggu Payudara Penuh

  • Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah!
  • Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu.
  • Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bererti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.

3. Minum Banyak Air

  • Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.

4. Fikir Bayi Fikir Susu

  • Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.

5. Berdisiplin

  • Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Bila hujung minggu jangan ponteng mengepam. Masa hujung minggu lah masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip No. 6 dan No. 7.

6. Tendum Pumping

  • Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik.

7. Teknik Marmet

  • Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Jika hanya menggunakan pam, cuma 60% - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. So lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalo dengan menggunakan pump dapat 3.5oz sebelah payudara, buat marmet boleh tambah jadi 4-4.5oz. 

8. Menyusu/Mengepam Lebih Lama

  • Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.
  • Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi atau selepas memerah bagi merangsang otak menghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar.
  • Mengepam lebih lama juga boleh buat merangsang letdown sehing 2-3 kali!

9. Penyusuan Malam

  • Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.

10. Urutan

  • Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com.

11. Pengambilan Makanan Tambahan

  • Amat digalakkan untuk mengambil Set Penyusuan ataupun Set Mighty 3 Gems untuk mengekalkan tenaga, kuantiti dan kualiti susu anda sepanjang berpuasa.



Untuk mendapatkan lebih info berkaitan suplemen yang diperlukan ataupun membuat pesanan jangan segan untuk menghubungi saya.
SMS/Whatsapp: 016-225 4594 (Fadilah)

Sunday, June 16, 2013

Cadangan Supplement Untuk Ibu Menyusu

Sebagai ibu menyusu, saya paham pasti para ibu tercari-cari supplement yang sesuai untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti susu badan. Berikut ingin saya kongsi vitamin ataupun supplement yang disyorkan serta kepentingannya.

1) Vitalea (Multivitamin with Iron Formula)

Berfungsi untuk memastikan tubuh menerima semua zat dan vitamin yang penting dan perlu dalam menjamin kesejahteraan secara am.


2) B Complex

Lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, serta emosi lebih stabil.



3) Vitamin C

Sebagai anti- oksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.



4) Alfalfa

Raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan sangat membantu mempercepatkan penghasilan susu badan.


5) OsteMatrix (Calcium & Magnesium)

Dalam susu ibu, antara komposisi nutrien yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk membina darah, membina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu-ibu yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang tersedia dalam tubuh ibu.

Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua. Sebab itu pengambilan sumber kalsium tidak boleh dipandang ringan sama sekali. Ada sesetengah ibu yang apabila melalui menstrual (period), mendapati susunya akan merundum. Ini disebabkan kekurangan kalsium di dalam darah yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkirkan.



6) Energizing Soy Protein (ESP)

Komposisi nutrien utama dalam susu ibu ialah protein  Protein adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protein iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein  Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga. 

Protein sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. So apabila kita memasak sumber protein seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protein yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri.



Untuk pesanan and more details boleh hubungi saya,
SMS/WhatsApp: 016-225 4594 (Fadilah)