Tuesday, July 9, 2013

Tips Pemakanan Semasa Hamil dan Berpuasa

Mampu ke kita berpuasa ketika hamil? Kajian menunjukkan hampir 70% wanita muslim memilih untuk berpuasa ketika Ramadhan. Selagi tidak memudaratkan kesihatan, insyaAllah boleh. Saya sendiri berpuasa sepanjang Ramadhan ketika sarat mengandungkan anak kedua.

Apakah cara terbaik bagi wanita hamil berbuka puasa? 

Tiada pelan makanan khas yang perlu anda ikuti, tetapi anda boleh mencuba tips berikut sebagai cara terbaik untuk berbuka. Mulakan dengan:
  • tiga biji kurma dan jus (bagus untuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah) 
  • susu atau yogurt rendah lemak
  • sup jernih

Kemudian, makanlah hidangan seimbang yang mengandungi:
  • sepinggan salad atau ulam-ulaman sebagai hidangan pembuka selera 
  • protein daripada ayam, daging atau ikan, atau lentil, kacang pis atau kekacang 
  • karbohidrat kompleks daripada nasi beras perang dan roti bijian penuh
  • banyak sayur-sayuran 

Elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah pertambahan berat, pengambilan makanan kurang berkhasiat dan mengalami ketakcernaan. 

Apakah saya perlu makan sahur jika saya berpuasa semasa hamil? 

Bersahur sangat penting jika anda berpuasa. Ia akan mengekalkan tahap tenaga anda pada waktu siang. Jangan tinggalkan sahur kerana ia dapat membekalkan nutrien penting dan tenaga yang di perlukan untuk kekal cergas pada sepanjang hari. Ia juga akan mengurangkan simptom-simptom kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk. 

Hidangan sahur yang sihat mungkin mengandungi: 
  • nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan kari atau korma cair
  • bijirin berserat tinggi atau bran dengan susu skim rendah lemak
  • buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang. 

Elakkan meminum teh/kopi semasa sahur kerana ia boleh membuat anda ternyahhidrat. 


Selain daripada itu, anda amat digalakkan untuk mengambil makanan tambahan bagi memenuhi keperluan nutrien lebih-lebih lagi sewaktu hamil di mana segala nutrisi dalam badan akan diserap/dikongsi dengan bayi di dalam kandungan. Pastinya kita perlu kekal sihat supaya bayi dalam kandungan juga membesar dengan sempurna.

Cadangan suplemen sewaktu hamil adalah:
  • Vitalea 
  • B Complex 
  • Vitamin C
  • Ostematrix 
  • ESP
  • OmegaGuard

Untuk free consultation atau membuat pesanan sila hubungi saya:
SMS/Whatsapp: 016-225 4594 (Fadilah)