Showing posts with label Energy Booster. Show all posts
Showing posts with label Energy Booster. Show all posts

Tuesday, July 9, 2013

Tips Tambah Susu Ibu Sepanjang Ramadhan

Bulan Ramadhan telah pun tiba, syukur kita diberikan Allah kesihatan yang baik untuk menunaikan kewajiban kita di bulan yang mulia ini. =)

Kali ini ingin saya kongsikan beberapa tips gerak-gempur untuk para ibu menyusu khususnya supaya dapat meneruskan dan menjayakan penyusuan anda sepanjang berpuasa. Bukan hanya sepanjang Ramadhan je boleh cuba tips ini, bila-bila pun boleh.

1. Kerapkan Menyusu/Mengepam

  • Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam.
  • Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerahan susu.
  • Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan.
  • Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini.

2. Jangan Tunggu Payudara Penuh

  • Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah!
  • Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu.
  • Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bererti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.

3. Minum Banyak Air

  • Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.

4. Fikir Bayi Fikir Susu

  • Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.

5. Berdisiplin

  • Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Bila hujung minggu jangan ponteng mengepam. Masa hujung minggu lah masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip No. 6 dan No. 7.

6. Tendum Pumping

  • Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik.

7. Teknik Marmet

  • Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Jika hanya menggunakan pam, cuma 60% - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. So lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalo dengan menggunakan pump dapat 3.5oz sebelah payudara, buat marmet boleh tambah jadi 4-4.5oz. 

8. Menyusu/Mengepam Lebih Lama

  • Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.
  • Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi atau selepas memerah bagi merangsang otak menghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar.
  • Mengepam lebih lama juga boleh buat merangsang letdown sehing 2-3 kali!

9. Penyusuan Malam

  • Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.

10. Urutan

  • Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com.

11. Pengambilan Makanan Tambahan

  • Amat digalakkan untuk mengambil Set Penyusuan ataupun Set Mighty 3 Gems untuk mengekalkan tenaga, kuantiti dan kualiti susu anda sepanjang berpuasa.



Untuk mendapatkan lebih info berkaitan suplemen yang diperlukan ataupun membuat pesanan jangan segan untuk menghubungi saya.
SMS/Whatsapp: 016-225 4594 (Fadilah)

Tuesday, July 2, 2013

Lebih Tenaga Ketika Puasa

Kurang seminggu lagi nak masuk bulan Ramadhan. Khas buat mereka yang tercari-cari makanan tambahan untuk bulan puasa yang bakal tiba tak lama lagi, di sini ingin saya kongsi sedikit info product yang sesuai untuk semua.

Energizing Soy Protein
  • Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. 
  • Protein adalah amat penting dalam pembinaan tubuh badan kita, terutama kepada janin dan bayi yang sedang membesar.
  • Membekalkan tenaga, 
  • Memberikan rasa kenyang.
  • Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat.
  • Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit.
  • Membanyakkan susu badan (milkbooster) 
  • Membantu mengekalkan kepejalan otot.
  • Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal. 
  • Mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat.

Meal Shakes
  • Ianya multivitamin atau pun pemakanan lengkap. Rasanya sangat sedap seperti rasa ice cream vanila tapi dalam bentuk serbuk. 
  • Salah satu pilihan pemakanan yang diberi jolokan ‘easy-on-the-go meal’ kerana penyediaannya yang begitu mudah, dan kandungannya yang lengkap membekalkan nutrient keperluan harian. 
  • Sesuai untuk kanak-kanak yang aktif dan tak boleh duduk diam. Sesuai juga buat mereka yang tidak sempat mengambil sarapan dan hidangan yang seimbang. Juga membekalkan nutrisi kepada mereka yang sukar untuk menelan suplemen dalam bentuk pil terutama warga tua. 
  • Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh. 
  • Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein. 
  • Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik 
  • Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.

Performance Drink
  • Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik. 
  • Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina. 
  • Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan. 
  • Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah. 
  • Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam. 
  • Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tetapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas, kanak-kanak yang demam kerana lazimnya kanak-kanak demam kurang selera makan oleh itu dapat membantu daripada mengelakkan dehydration.

Rujukan : vitaminsemulajadi.com & whiteymommy.com



Dapatkan harga istimewa daripada saya khas sempena bulan Ramadhan. 
SMS/Whatsapp : 016-225 4594 (Fadilah)