Showing posts with label Pengawalan Berat Badan. Show all posts
Showing posts with label Pengawalan Berat Badan. Show all posts

Tuesday, June 18, 2013

OmegaGuard

Apakah OmegaGuard ini?





OmegaGuard merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.

Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan. 

OmegaGuard ialah minyak ikan terbaik dunia yang menggunakan penyulingan molekul 3 peringkat yang sangat eksklusif di bawah suhu rendah yang terjaga. Proses ini menumpukan kepada penghasilan asid lemak Omega-3 yang asli dan menghlangkan pencemaran termasuk logam berat, merkuri, kadmium dan sebagainya. 

Minyak ikan boleh diperolehi secara semulajadi dari ikan-ikan laut seperti ikan kod, ikan kembung, ikan salmon dan sebagainya. Namun, kenapa kita masih perlu ambil minyak ikan dalam bentuk kapsul, dengan kata lain OmegaGuard?

  1. Ikan-ikan laut mengandungi merkuri yang tinggi disebabkan oleh pencemaran. Jadi ia mungkin memberikan kesan yang tidak baik kepada kesihatan. 
  2. Kita memasak ikan dalam suhu tinggi yang boleh merosakkan khasiat minyak ikan itu sendiri. 

Kebaikan OmegaGuard: 

  • Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu mengurangkan risiko alzheimer (nyanyuk).
  • Membantu dalam proses pembelajaran. 
  • Membantu dalam penurunan berat badan.

Nota tambahan : Ibu menyusu sangat digalakkan mengambil OmegaGuard kerana dapat meningkatkan kandungan DHA dalam susu badan disamping membantu mempertingkatkan lagi kesihatan jantung dan memberi daya ingatan yang baik terhadap ibu dan anak. Selain daripada itu, ia juga membantu memecahkan lemak di dalam tubuh kita. Bagi ibu hamil, dinasihatkan supaya mula mengambil OmegaGuard bermula trimester kedua.

Rujukan: www.shaklee.com.my, www.diarivitamin.com

Sila hubungi saya untuk lebih info atau pesanan.
SMS/WhatsApp: 016-225 4594 (Fadilah)

Sunday, June 16, 2013

Energizing Soy Protein (ESP)

Tahu tak saya mula jatuh cinta dengan Shaklee kerana Energizing Soy Protein (ESP) ini? Rasanya ramai lagi mereka yang lain jatuh cinta dengan ESP, lepas itu terus setia dengan Shaklee. Di sini ingin saya kongsi serba sedikit tentang ESP.


Protein Bukan-GMO Yang Lengkap Dengan Semua Asid Amino Perlu. 

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol

Kebaikan ESP: 
  • Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten. 
  • Protein soya membantu mengurangkan kolesterol
  • Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.* Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

ESP paling popular di kalangan mereka yang menyusukan bayi, menjaga kecantikan kulit, mengawal dan menurunkan berat badan. Dah cuba pasti jatuh cinta dengan keberkesanannya.

Rujukan: www.shaklee.com.my

Jangan segan untuk bertanya dengan lebih lanjut atau membuat pesanan dengan saya:
SMS/Whatsapp: 016-225 4594 (Fadilah)

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.