Thursday, August 1, 2013

10 Fakta Berkaitan Breastfeeding

Sempena berlangsungnya World Breastfeeding Weeks 2013 (1-7 August), mari kita sama-sama educate diri sendiri dan orang lain agar sama-sama dapat manfaat dengan breastfeeding. Chaiyok!

10 Fakta Mengenai Breastfeeding

Disyorkan oleh WHO (World Health Organization)
WHO mengesyorkan menyusuan esklusif sehingga 6 bulan pertama. Bermula usia bayi 6 bulan boleh introduce solid food seperti puree buah-buahan atau sayur-sayuran.
  • Penyusuan susu ibu perlu bermula dalam tempoh dari 1 jam selepas bersalin.
  • Menyusukan sekerap mungkin mengikut keperluan bayi, siang dan malam.
  • Elakkan penggunaan botol susu dan pacifiers.

Kesihatan Bagi Bayi
Susu ibu adalah makan yang terbaik untuk bayi. Ia menyediakan khasiat yang lengkap bagi perkembangan bayi yang sihat. Susu ibu selamat dan mengandungi antibodi yang melindungi bayi daripada penyakit terutamanya diarrhea dan pnemonia yang sering dihadapi oleh bayi di seluruh dunia. Susu ibu sangat mudah didapati (direct dari ibu) dan menjimatkan.

Kesihatan Untuk Ibu
Penyusuan ibu secara esklusif merupakan natural birth control (98%) sehingga 6 bulan pertama setelah melahirkan. Mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari, membantu para ibu menurunkan berat badan lebih cepat dan mengelakkan obesiti.

Faedah Jangka Panjang 
Selain faedah di atas, penyusuan susu ibu turut menyumbang kepada kesihatan jangka masa panjang. Dewasa yang menyusu dengan susu ibu sewaktu kecil, kurang risiko untuk masalah berat badan atau obesiti. Mereka juga kurang untuk menghapai diabetes type-2 dan mempunyai otak yang lebih cerdas.

Kenapa TIDAK Susu Formula?
Susu formula tidak mempunyai antibodi seperti susu ibu. Susu formula ada kemungkinan tidak disediakan dengan sempurna, yang boleh jadi berpunca daripada air yang tidak selamat, peralatan yang tidak bersih, ataupun susu yang terdedah kepada bakteria. Penggunaan susu formula yang dicairkan pula menyebabkan kekurangan nutrisi (factor kemiskinan)

HIV dan Breastfeeding
Ibu yang dijangkiti HIV boleh menjangkiti virus tersebut kepada bayi mereka ketika mengandung, bersalin atau breastfeeding. Antiretroviral (ARV) drugs diberikan kepada mereka untuk mengurangkan risiko. Gabungan breastfeeding dan ARV dapat memberi peluang untuk bayi mendapat manfaat dan kenal bebas HIV.

Mengawal "Pengganti" Susu Ibu
Suatu kod antarabangsa untuk mengawal pemasaran gantian susu ibu telah diterima pakai pada tahun 1981. Ia memerlukan:
  • Semua label formula dan maklumat menyatakan manfaat penyusuan dan risiko kesihatan pengganti.
  • Tiada promosi gantian susu ibu.
  • Tiada sampel percuma pengganti untuk diberikan kepada wanita hamil, ibu-ibu atau keluarga mereka.
  • Tiada pembahagian pengganti percuma atau subsidi kepada pekerja-pekerja kesihatan atau kemudahan.

Sokongan Untuk Para Ibu Adalah Penting
Penyusuan perlu dipelajari dan ramai wanita menghadapi masalah pada permulaan. Sakit puting, dan takut bahawa tidak ada susu yang cukup adalah perkara biasa. Kemudahan kesihatan yang menyokong penyusuan dan melatih kaunselor bagi membantu ibu baru meningkatkan kadar amalan breastfeeding. Untuk memberikan sokongan ini dan meningkatkan penjagaan untuk ibu dan bayi yang baru lahir, terdapat kemudahan "mesra bayi" dalam kira-kira 152 negara terima kasih kepada inisiatif Hospital Bayi mesra WHO-UNICEF.

Kerja dan Breastfeeding
Kebanyakkan ibu yang kembali bekerja biasanya akan berhenti menyusukan ataupun gagal dalam meneruskan penyusuan kerana kekangan masa, tempat yang sesuai untuk mengepam dan menyimpan susu yang diperah. Para ibu memerlukan tempat yang selamat, bersih dan private untuk meneruskan usaha penyusuan mereka. Kemudahan seperti cuti bersalin, tempat jagaan kanak-kanak di tempat kerja, tempat penyusuan/untuk pam yang sesuai dapat membantu mereka.

Langkah Seterusnya: Solid Food
Untuk memenuhi keperluan pertumbuhan bayi pada usia 6 bulan, makanan pepejal daripada buah-buahan/sayuran yang dilenyek boleh diperkenalkan kepada bayi. WHO menyatakan bahawa:
  • Penyusuan tidak boleh dikurangkan apabila memulakan pepejal.
  • Makanan perlu diberi dengan sudu atau cawan, bukan dalam botol.
  • Makanan perlu bersih, selamat dan dari sumber tempatan.
  • Beri masa untuk kanak-kanak belajar untuk makan solid food.

Sumber: www.who.int