Thursday, July 18, 2013

Ingin Hamil?

Salah satu kebaikan yang popular untuk GLA Complex adalah untuk memperbaiki tahap Kesuburan. Di sini ingin saya kongsi serba sedikit mengenainya.

Bagaimana GLA Complex Boleh Membantu Anda Untuk Hamil?

GLA (Gamma Linolenic Acid) menurunkan kolesterol dan ia membantu melegakan sindrom pra-haid (PMS) seperti senggugut, dan membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan. Ia juga membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan kerana GLA ditukarkan kepada Prostagdalin E1.

GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang berwarna putih telur. Lazimnya, sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Apabila jangka hayat sperma lebih panjang untuk hidup, peluang untuk disenyawakan lebih tinggi.


Cadangan Suplemen Set Kesuburan Shaklee

Menurut kajian yang dibuat oleh Harvard Medical School, tahap kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan Multivitamin & Multimineral. Jadi mari kita lihat satu persatu bagaimana Set Kesuburan Shaklee ini membantu dalam kesuburan.

Cadangan suplemen Shaklee untuk kesuburan wanita adalah Vitalea, B-Complex, Vitamin C, Alfalfa dan GLA Complex, manakala untuk lelaki pula adalah Vitalea, B-Complex, Vitamin E dan Zinc Complex.

Multivitamin dan Multimineral (Vitalea) membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Kesimpulalnnya, ia memenuhi ruang-ruang kosong dalam tubuh kita di mana mungkin kita tak cukup vitamin/mineral dari diet harian. Jadi bila badan dah cukup nutrien, pasti ia dapat berfungsi dengan lebih cekap.

Vitamin B-Complex penting terutama untuk mereka yang merancang untuk hamil kerana ia mengandungi asid folik yang diperlukan di awal kehamilan bagi mengelakkan bayi mengalami spina bifida.

Vitamin C pula untuk pembinaan dan pemulihan sel.

Vitamin E memperbaiki kuantiti, kualiti dan memperkuat sperma untuk bertemu ovum.

Alfalfa untuk wanita membantu dalam organ kewanitaan dan menyelesaikan masalah seperti keputihan dan sebagainya.

Suplemen yang memainkan peranan utama dalam kesuburan ini adalah GLA Complex untuk wanita dan Zinc Complex untuk suami. Bagaimana kedua-dua ini berfungsi? GLA Complex membantu tubuh menghasilkan ‘cecair kesuburan’ yang antara kebaikannya ialah memberi ‘ruang’ untuk sperma terus hidup dalam tiub falipio sehingga 5 hari. Zinc pula membantu menguatkan sperma. Gabungan nutrien di atas meningkatkan lagi potensi untuk menimang cahaya mata.

Paling penting jangan berhenti berusaha dan teruskan berdoa. Semoga Allah makbulkan impian untuk memiliki zuriat.

Rujukan: diarivitamin.com, vitaminsemulajadi.com

Untuk free consultation atau membuat pesanan, hubungi saya:
SMS/Whatsapp: 016-225 4594 (Fadilah)