Tuesday, June 18, 2013

OmegaGuard

Apakah OmegaGuard ini?





OmegaGuard merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.

Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan. 

OmegaGuard ialah minyak ikan terbaik dunia yang menggunakan penyulingan molekul 3 peringkat yang sangat eksklusif di bawah suhu rendah yang terjaga. Proses ini menumpukan kepada penghasilan asid lemak Omega-3 yang asli dan menghlangkan pencemaran termasuk logam berat, merkuri, kadmium dan sebagainya. 

Minyak ikan boleh diperolehi secara semulajadi dari ikan-ikan laut seperti ikan kod, ikan kembung, ikan salmon dan sebagainya. Namun, kenapa kita masih perlu ambil minyak ikan dalam bentuk kapsul, dengan kata lain OmegaGuard?

  1. Ikan-ikan laut mengandungi merkuri yang tinggi disebabkan oleh pencemaran. Jadi ia mungkin memberikan kesan yang tidak baik kepada kesihatan. 
  2. Kita memasak ikan dalam suhu tinggi yang boleh merosakkan khasiat minyak ikan itu sendiri. 

Kebaikan OmegaGuard: 

  • Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu mengurangkan risiko alzheimer (nyanyuk).
  • Membantu dalam proses pembelajaran. 
  • Membantu dalam penurunan berat badan.

Nota tambahan : Ibu menyusu sangat digalakkan mengambil OmegaGuard kerana dapat meningkatkan kandungan DHA dalam susu badan disamping membantu mempertingkatkan lagi kesihatan jantung dan memberi daya ingatan yang baik terhadap ibu dan anak. Selain daripada itu, ia juga membantu memecahkan lemak di dalam tubuh kita. Bagi ibu hamil, dinasihatkan supaya mula mengambil OmegaGuard bermula trimester kedua.

Rujukan: www.shaklee.com.my, www.diarivitamin.com

Sila hubungi saya untuk lebih info atau pesanan.
SMS/WhatsApp: 016-225 4594 (Fadilah)

Keperluan Pemakanan Anak

Being a parent, kesihatan anak-anak selalu menjadi keutamaan kita. Sering kali kita lebih risaukan kesihatan anak dari kesihatan diri sendiri. Oleh itu di sini ingin saya kongsi lima perkara penting tentang keperluan pemakanan anak yang ibu bapa perlu tahu.

 1. Khasiat pemakanan daripada sumber semula jadi.

Setiap makanan yang berbeza membekalkan khasiat pemakanan yang berbeza. Memberi anak makanan pelbagai jenis dalam satu-satu masa mampu membekalkan kalori, lemak, vitamin dan mineral untuk tumbesaran anak seterusnya memastikannya sentiasa sihat. Kanak-kanak memerlukan kalsium yang tinggi iaitu kira-kira 800mg sehari. Oleh yang demikian, mereka perlu makan makanan yang kaya kalsium seperti susu, keju dan dadih. Buah-buahan dan sayur-sayuran pula membekalkan vitamin A dan C. Untuk mendapatkan zat besi dan protein secukupnya, anak anda mesti mengambil daging dan kekacang. Selain itu, produk bijirin seperti roti dan bijirin sarapan pagi juga menyumbang ke arah peningkatan bekalan zat besi dan folat yang diperlukan oleh kanak-kanak.

2. Jangan sekat anak makan

Kanak-kanak perlukan lemak secukupnya supaya mereka dapat membesar dengan sihat dan mengekalkan tenaga pada tahap yang tinggi. Ketika memberi anak makan, tidak perlulah anda beri dia makanan yang rendah kalori. Misalnya, susu. Berilah anak minum susu penuh krim dan bukan yang rendah lemak melainkan atas arahan doktor. Secara umumnya, kanak-kanak perlukan 30% kalorinya daripada lemak. Kebanyakan garis panduan keperluan khasiat pemakanan kanak-kanak bagi yang berusia di antara 1 hingga 3 tahun, mencadangkan agar mereka mengambil di antara 1000 hingga 1300 kalori setiap hari. Pakar pemakanan juga menyarankan agar kanak-kanak mendapat 16gm atau lebih protein setiap hari. Walau bagaimanpun, keperluan ini boleh berubah sekiranya anak anda terlalu kurus atau terlebih berat badan.

3. Pentingnya vitamin 

Pakar pemakanan mencadangkan kanak-kanak mengambil 40mg vitamin C, 400mikrogram vitamin A, 10mg zat besi, 10mg zink dan 50 mikrogram folat setiap hari.

4. Tambah saiz hidangan 

Walaupun anda mahu memastikan anak diberi makan berdasarkan keperluan pemakanan mereka yang telah digariskan, kuantiti makanan yang diambil oleh anak perlulah diambil kira. Kuantiti makanan yang diambil oleh kanak-kanak ialah di antara 1/4 hingga 1/3 saiz makanan orang dewasa. Selain itu, ramai juga kanak-kanak tidak suka makan tiga kali sehari. Sebenarnya, selagi anak anda mendapat cukup kalori untuk perkembangan mereka, anda tidak perlu risau. 

 5. Bahaya kurang khasiat pemakanan 

Sekiranya anak anda tidak dapat memenuhi keperluan nutrisi hariannya, dia mungkin berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan. Kanak-kanak boleh mendapat anemia sekiranya zat besi yang diambilnya tidak cukup. Kanak-kanak yang menghidapi anemia mudah rasa letih dan pucat. Selain itu, jika seseorang kanak-kanak itu kekurangan zink, deria akan terganggu. Akibatnya, mereka hilang selera makan. Sekiranya anak anda tidak makan dengan betul, perkembangan dan tumbesaran mereka turut terjejas.


As a parent memang kita cuba bagi yang terbaik untuk anak tetapi kebanyakkan kanak-kanak, mereka sering cenderung untuk memilih makanan yang kurang berkhasiat, suka makan makanan ringan atau junk food. Keadaan ini amatlah membimbangkan kerana dikhuatiri mereka akan kekurangan nutrien penting untuk pembesaran fizikal dan pertumbuhan otak.

Oleh kerana itu adalah amat penting untuk kita memberikan makanan tambahan ataupun supplement untuk memenuhi keperluan nutrisi harian mereka.

Cadangan supplement untuk kanak-kanak adalah seperti berikut:



Hubungi saya untuk mendapat lebih info atau pun membuat pesanan.

Sunday, June 16, 2013

Alfalfa Complex

Sumber Zat Makanan Semulajadi & Klorofil 

Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementeara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi.

Alfalfa Complex merupakan satu Formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s. 
  • Sumber semulajadi alfalfa. 
  • Pil juga boleh dihancurkan dan dicampur ke dalam air sebagai minuman herba semulajadi.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.



Sedikit Info Mengenai Alfalfa:

Alfalfa sebenarnya adalah sejenis tumbuhan/herba yang sangat kaya dengan nutrisi. 

alfalfa plant

alfalfa sprout

Khasiat Alfalfa boleh digunapakai untuk simptom berikut: 

Bengkak, sakit sendi, arthritis, ulser, penyakit perut, masalah kolon, sakit ulu hati, hernia, sembab air, tiada selera makan, bengkak buku lali dan kaki, sinus, alahan, hayfever, gout, bau badan, kaki busuk, nafas berbau, serta tujuan detoksifikasi. 

Alfalfa adalah semulajadi, antihistamin, diuretik, membantu penghadaman, kaya dengan serat dan klorofil, kaya dengan mineral, baik untuk pesakit kencing manis, merendahkan kolestrol, anti-tumor dan anti-bakteria.


Sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya:
SMS/Whatsapp: 016- 225 4594 (Fadilah)

Energizing Soy Protein (ESP)

Tahu tak saya mula jatuh cinta dengan Shaklee kerana Energizing Soy Protein (ESP) ini? Rasanya ramai lagi mereka yang lain jatuh cinta dengan ESP, lepas itu terus setia dengan Shaklee. Di sini ingin saya kongsi serba sedikit tentang ESP.


Protein Bukan-GMO Yang Lengkap Dengan Semua Asid Amino Perlu. 

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol

Kebaikan ESP: 
  • Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten. 
  • Protein soya membantu mengurangkan kolesterol
  • Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.* Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

ESP paling popular di kalangan mereka yang menyusukan bayi, menjaga kecantikan kulit, mengawal dan menurunkan berat badan. Dah cuba pasti jatuh cinta dengan keberkesanannya.

Rujukan: www.shaklee.com.my

Jangan segan untuk bertanya dengan lebih lanjut atau membuat pesanan dengan saya:
SMS/Whatsapp: 016-225 4594 (Fadilah)

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Cadangan Supplement Untuk Ibu Menyusu

Sebagai ibu menyusu, saya paham pasti para ibu tercari-cari supplement yang sesuai untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti susu badan. Berikut ingin saya kongsi vitamin ataupun supplement yang disyorkan serta kepentingannya.

1) Vitalea (Multivitamin with Iron Formula)

Berfungsi untuk memastikan tubuh menerima semua zat dan vitamin yang penting dan perlu dalam menjamin kesejahteraan secara am.


2) B Complex

Lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, serta emosi lebih stabil.



3) Vitamin C

Sebagai anti- oksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.



4) Alfalfa

Raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan sangat membantu mempercepatkan penghasilan susu badan.


5) OsteMatrix (Calcium & Magnesium)

Dalam susu ibu, antara komposisi nutrien yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk membina darah, membina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu-ibu yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang tersedia dalam tubuh ibu.

Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua. Sebab itu pengambilan sumber kalsium tidak boleh dipandang ringan sama sekali. Ada sesetengah ibu yang apabila melalui menstrual (period), mendapati susunya akan merundum. Ini disebabkan kekurangan kalsium di dalam darah yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkirkan.



6) Energizing Soy Protein (ESP)

Komposisi nutrien utama dalam susu ibu ialah protein  Protein adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protein iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein  Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga. 

Protein sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. So apabila kita memasak sumber protein seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protein yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri.



Untuk pesanan and more details boleh hubungi saya,
SMS/WhatsApp: 016-225 4594 (Fadilah)

Thursday, June 13, 2013

Persediaan Menghadapi Ramadan

Bila nak raya kita seronok nak buat persiapan. Tempah baju raya, tempah kuih raya, beli langsir baru, kasut baru dan lain-lain. Tapi apakah persiapan kita untuk menghadapi Ramadan yang bakal tiba tak kurang dari sebulan lagi ni? 

Bagi yang masih belum ganti puasa tu bolehlah mula ganti puasa, sambil praktis supaya perut tak "terkejut" nanti. Selain makan kurma ketika bersahur dan berbuka, boleh juga cuba tambah Mighty 3 Gems dalam menu di bulan puasa nanti. InsyaAllah kekal bertenaga sepanjang hari terutama buat mereka yang mudah letih kerana kerja tak menentu, perlu selalu bergerak ke sana-sini. Bagi ibu menyusu pun boleh mengambil set ini. Almaklumlah ibu menyusu perlu lebih kalori, lebih tenaga, lebih nutrient daripada wanita biasa. Bila kita sihat dan bertenaga tak perlu risau kerana tak tahan lapar and terpaksa tak berpuasa kerana risau susu merundum dan sebagainya.


Hubungi saya untuk mendapat lebih info atau pun membuat pesanan.

Indeks Glisemik?

Apakah maksud Indeks Glisemik (GI)?

Untuk pengetahuan semua, Indeks Glisemik itu adalah indeks pengukuran mengenai kesan makanan yang mengandungi karbohidrat ke atas paras glukosa rendah.

So, tahap indeks glisemik ini sangat penting bagi mereka yang menghidapi penyakit diabetes dan juga mereka yang sedang mengikuti plan diet

Makanan yang kita makan akan ditukarkan menjadi glukosa dan diserap dengan cepat ke dalam saluran darah. Makanan dalam kategori indeks glisemik tinggi akan menyebabkan paras glukosa darah meningkat dengan cepat. Makanan dengan indeks glisemik rendah lambat dicerna dan diserap, lalu meningkatkan paras glukosa dan insulin secara berperingkat dan telah terbukti bermanfaat kepada kesihatan, termasuklah dalam pengawalan berat badan dan mengawal selera makan secara tak langsung melambatkan rasa lapar.

Oleh kerana itu amat penting bagi mereka yang menghidapi diabetes, sedang mengikuti plan diet dan mereka yang mementingkan kesihatan untuk memilih makanan dengan kadar indeks glisemik yang rendah. 

Antara produk Shaklee yang dijamin rendah glisemik adalah:

Meal Shakes


Energizing Soy Protein (ESP)



Kalau nak cuba jangan segan untuk bertanya dan hubungi saya occay.
SMS/Whatsapp : 016-225 4594 (Fadilah)

Promo Bulan Jun: Meal Shakes

Promo only in this month, Meal Shakes beli 6 PERCUMA 1!


Meal Shakes (Perisa Vanilla)

Dalam kehidupan kini yang sentiasa aktif dan pantas, golongan bekerjaya yang sibuk dan kanak-kanak khususnya cenderung untuk tidak mendapat makanan yang seimbang. Oleh kerana itu, Meal Shakes dicipta untuk menjadi pilihan alternatif bagi mereka kerana ia merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glisemik.

  • Lengkap dengan vitamin dan mineral penting - nutrien asas yang diperlukan oleh kanak-kanak yang sedang membesar, remaja, warga tua dan semua.
  • Sumber terbaik serat pemakanan dan protein
  • Sumber pekat kalsium
  • Index glisemik* rendah

Retail price: RM113.75 (WM) RM 121.25 (EM)

Dapatkan harga PROMO hanya sepanjang bulan ini, untuk lebih lanjut atau pesanan boleh hubungi saya,
SMS/Whatsapp: 016-225 4594 (Fadilah)

Why Should You Take Supplements?

Kenapa Kita Memerlukan Suplemen?

>> Kita sering terdedah terhadap pencemaran alam sekitar.

>> Badan kita memerlukan dos yang lebih bagi sesetangah nutrien.

>>Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas atau tercemar.

>> Mengamalkan gaya hidup tidak sihat.

>> Kebanyakkan rakyat Malaysia makan mengikut selera rasa.

>> Gangguan penyerapan nutrisi daripada makanan.

>> Kehilangan nutrien dalam makanan.


Kekurangan Nutrisi Boleh Meningkatkan Risiko Kesihatan
  • Penuaan pramatang
  • Kelesuan
  • Mudah mendapat penyakit dan jangkitan
  • Keguguran rambut
  • Osteoporosis
  • Kulit bermasalah
  • Dan banyak lagi...

Sila hubungi saya for more details or order.
SMS/WhatsApp: 016-225 4504 (Fadilah)

Shaklee Independent Distributor

I am your Shaklee Independent Distributor in Seri Kembangan.
Cash on delivery in Seri Kembangan, Serdang, Cyberjaya, Putrajaya, Bangi, Puncak Jalil and Puchong.
Courier throughout Malaysia.

Jaminan produk Shaklee:

Sentiasa Selamat
  • Lebih daripada 80,000 ujian kualiti dijalankan setahun bagi memastikan keberkesanan dan ketulenan sebenar.
  • Lebih daripada 350 ujian dijalankan ke atas setiap ramuan baru untuk mengesan bahan pencemaran bahaya.
Sentiasa Berkesan
  • Lebih $300 juta dilaburkan dalam penyelidikan dan pembangunan produk.
  • Bahan-bahan semulajadi yang paling halus dan tulen.
  • Disokong oleh bukti sains dan makmal yang terdapat di dalam 90 bahan kajian penerbitan.

Sentiasa Mesra Alam
  • Produk mesra alam yang benar-benar selamat untuk anda, rumah juga bumi kita.
  • Peneraju dalam pergerakan alam sekitar dengan mengamalkan perniagaan yang mesra alam.

Set kesihatan yang disediakan adalah:


Basic Building
  • Family Wellness Set
  • Body Perfector Set
  • Mighty 3 Germs Set
  • Vivix

Advance Health Care
  • Men's Vital Health Set
  • Women's Health Set
  • Immune Booster Set
  • ACE Set
  • Digestive Health Set
  • Super Detox Set
  • Revitalizing Set

Targeted Health Care
  • Anti-Aging Set
  • Shape-Up Set
  • Healthy Circulatory Set
  • Sugar Control Set
  • Brilliant Set

Sila hubungi saya for more details or order.
SMS/WhatsApp: 016-225 4504 (Fadilah)