Tuesday, July 30, 2013

Status Halal Shaklee

Halalkah Product Shaklee?

Being a muslim, wajib untuk kita mencari yang Halal. Ada beberapa customer yang bertanya pasal status Halal supplement and vitamin Shaklee. Jangan risau, di sini akan saya terangkan dengan lebih lanjut.

sijil halal terkini untuk product Shaklee

Untuk pengetahuan semua, selain JAKIM ada banyak lagi badan-badan pengeluar sijl halal untuk product tempatan. Antara badan pengeluar sijil halal di Asia Tenggara (yang digunapakai di Malaysia) selain JAKIM ialah Islamic Food Research Centre (IFRC) Asia dan Halal Food Council (HFC) South East Asia. Malah satu mesyuarat telah diadakan antara pengeluar sijil halal agar sijil halal tidak hanya dimonopoli oleh JAKIM.


Berkenaan dengan ISA, ISA adalah salah sebuah badan pengeluar sijil halal di Amerika yang diiktiraf oleh JAKIM. Senarai penuh badan luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh tengok di portal http://www.halal.gov.my. Semua product shaklee telah dibuat pengesahan oleh ISA bagi mengeluarkan status halal.


Semoga entri ini dapat memberi lebih penjelasan dan menyakinkan semua untuk mencuba dan menggunakan product Shaklee. Jangan mudah terpedaya dengan info yang datang dari pihak-pihak tertentu yang kurang arif tentangnya. Gunakan tanpa was-was. InsyaAllah manfaat untuk semua. =)

Credit: http://nurulaziyana.blogspot.com


Wednesday, July 24, 2013

5 Sebab Anda Perlukan GLA Complex

Tinggal seminggu je lagi PROMO untuk GLA Complex ni. Bulan depan harga macam biasa balik. Rugi kalau tak beli sekarang.

Saya nak kongsi vlog menarik tentang 5 Sebab Kenapa Anda Perlukan GLA Complex daripada Shaklee.


  1. Meningkatkan kesuburan
  2. Mengurangkan PMS
  3. Mencantikkan kulit
  4. Kesihatan jantung
  5. Melambatkan penuaan

Untuk FREE consultation atau membuat pesanan jangan segan untuk hubungi saya.
SMS/Whatsapp: 016-225 4594 (Fadilah)

Thursday, July 18, 2013

Ingin Hamil?

Salah satu kebaikan yang popular untuk GLA Complex adalah untuk memperbaiki tahap Kesuburan. Di sini ingin saya kongsi serba sedikit mengenainya.

Bagaimana GLA Complex Boleh Membantu Anda Untuk Hamil?

GLA (Gamma Linolenic Acid) menurunkan kolesterol dan ia membantu melegakan sindrom pra-haid (PMS) seperti senggugut, dan membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan. Ia juga membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan kerana GLA ditukarkan kepada Prostagdalin E1.

GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang berwarna putih telur. Lazimnya, sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Apabila jangka hayat sperma lebih panjang untuk hidup, peluang untuk disenyawakan lebih tinggi.


Cadangan Suplemen Set Kesuburan Shaklee

Menurut kajian yang dibuat oleh Harvard Medical School, tahap kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan Multivitamin & Multimineral. Jadi mari kita lihat satu persatu bagaimana Set Kesuburan Shaklee ini membantu dalam kesuburan.

Cadangan suplemen Shaklee untuk kesuburan wanita adalah Vitalea, B-Complex, Vitamin C, Alfalfa dan GLA Complex, manakala untuk lelaki pula adalah Vitalea, B-Complex, Vitamin E dan Zinc Complex.

Multivitamin dan Multimineral (Vitalea) membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Kesimpulalnnya, ia memenuhi ruang-ruang kosong dalam tubuh kita di mana mungkin kita tak cukup vitamin/mineral dari diet harian. Jadi bila badan dah cukup nutrien, pasti ia dapat berfungsi dengan lebih cekap.

Vitamin B-Complex penting terutama untuk mereka yang merancang untuk hamil kerana ia mengandungi asid folik yang diperlukan di awal kehamilan bagi mengelakkan bayi mengalami spina bifida.

Vitamin C pula untuk pembinaan dan pemulihan sel.

Vitamin E memperbaiki kuantiti, kualiti dan memperkuat sperma untuk bertemu ovum.

Alfalfa untuk wanita membantu dalam organ kewanitaan dan menyelesaikan masalah seperti keputihan dan sebagainya.

Suplemen yang memainkan peranan utama dalam kesuburan ini adalah GLA Complex untuk wanita dan Zinc Complex untuk suami. Bagaimana kedua-dua ini berfungsi? GLA Complex membantu tubuh menghasilkan ‘cecair kesuburan’ yang antara kebaikannya ialah memberi ‘ruang’ untuk sperma terus hidup dalam tiub falipio sehingga 5 hari. Zinc pula membantu menguatkan sperma. Gabungan nutrien di atas meningkatkan lagi potensi untuk menimang cahaya mata.

Paling penting jangan berhenti berusaha dan teruskan berdoa. Semoga Allah makbulkan impian untuk memiliki zuriat.

Rujukan: diarivitamin.com, vitaminsemulajadi.com

Untuk free consultation atau membuat pesanan, hubungi saya:
SMS/Whatsapp: 016-225 4594 (Fadilah)

Kebaikan dan Khasiat GLA Complex

Lazimnya GLA Complex dikaitkan dengan wanita tetapi sebenarnya suplemen ini juga boleh diambil lelaki. GLA adalah singkatan untuk Gamma Linolenic Acid yang berfungsi untuk menstabilkan hormon dalam badan.

GLA Complex Shaklee mengandungi:
  • GLA daripada Borage Seed Oil 
  • Vitamin E
  • Sunflower Seed Oil
borage flower

sunflower

Kelebihan GLA Complex daripada Shaklee:
  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid. 
  • Membantu meningkatkan kesuburan (for those trying to conceive baby)
  • Melegakan PMS - sindrom pra-haid (abdominal pain, breast pain
  • Membantu dalam menangani menopause. 
  • Menguatkan kuku dan rambut. 
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri. 
  • Membantu menangai ekzema. 
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid. 
  • Mengandungi Vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
  • Menguatkan imuniti tubuh. 
  • Memperlahankan proses penuaan.
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung.
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi. 
  • Mengawal kolesterol.
  • Untuk fungsi saraf yang baik.

Untuk lebih info dan membuat pesanan, sila hubungi saya:
SMS/Whatsapp: 016-225 4594 (Fadilah)

Tuesday, July 9, 2013

Tips Pemakanan Semasa Hamil dan Berpuasa

Mampu ke kita berpuasa ketika hamil? Kajian menunjukkan hampir 70% wanita muslim memilih untuk berpuasa ketika Ramadhan. Selagi tidak memudaratkan kesihatan, insyaAllah boleh. Saya sendiri berpuasa sepanjang Ramadhan ketika sarat mengandungkan anak kedua.

Apakah cara terbaik bagi wanita hamil berbuka puasa? 

Tiada pelan makanan khas yang perlu anda ikuti, tetapi anda boleh mencuba tips berikut sebagai cara terbaik untuk berbuka. Mulakan dengan:
  • tiga biji kurma dan jus (bagus untuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah) 
  • susu atau yogurt rendah lemak
  • sup jernih

Kemudian, makanlah hidangan seimbang yang mengandungi:
  • sepinggan salad atau ulam-ulaman sebagai hidangan pembuka selera 
  • protein daripada ayam, daging atau ikan, atau lentil, kacang pis atau kekacang 
  • karbohidrat kompleks daripada nasi beras perang dan roti bijian penuh
  • banyak sayur-sayuran 

Elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah pertambahan berat, pengambilan makanan kurang berkhasiat dan mengalami ketakcernaan. 

Apakah saya perlu makan sahur jika saya berpuasa semasa hamil? 

Bersahur sangat penting jika anda berpuasa. Ia akan mengekalkan tahap tenaga anda pada waktu siang. Jangan tinggalkan sahur kerana ia dapat membekalkan nutrien penting dan tenaga yang di perlukan untuk kekal cergas pada sepanjang hari. Ia juga akan mengurangkan simptom-simptom kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk. 

Hidangan sahur yang sihat mungkin mengandungi: 
  • nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan kari atau korma cair
  • bijirin berserat tinggi atau bran dengan susu skim rendah lemak
  • buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang. 

Elakkan meminum teh/kopi semasa sahur kerana ia boleh membuat anda ternyahhidrat. 


Selain daripada itu, anda amat digalakkan untuk mengambil makanan tambahan bagi memenuhi keperluan nutrien lebih-lebih lagi sewaktu hamil di mana segala nutrisi dalam badan akan diserap/dikongsi dengan bayi di dalam kandungan. Pastinya kita perlu kekal sihat supaya bayi dalam kandungan juga membesar dengan sempurna.

Cadangan suplemen sewaktu hamil adalah:
  • Vitalea 
  • B Complex 
  • Vitamin C
  • Ostematrix 
  • ESP
  • OmegaGuard

Untuk free consultation atau membuat pesanan sila hubungi saya:
SMS/Whatsapp: 016-225 4594 (Fadilah)

Doa Tambah Susu Ibu

Berikut saya kongsikan doa dan amalan rohani untuk menjayakan lagi penyusuan anda semua. Semoga bermanfaat.



Tips Tambah Susu Ibu Sepanjang Ramadhan

Bulan Ramadhan telah pun tiba, syukur kita diberikan Allah kesihatan yang baik untuk menunaikan kewajiban kita di bulan yang mulia ini. =)

Kali ini ingin saya kongsikan beberapa tips gerak-gempur untuk para ibu menyusu khususnya supaya dapat meneruskan dan menjayakan penyusuan anda sepanjang berpuasa. Bukan hanya sepanjang Ramadhan je boleh cuba tips ini, bila-bila pun boleh.

1. Kerapkan Menyusu/Mengepam

  • Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam.
  • Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerahan susu.
  • Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan.
  • Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini.

2. Jangan Tunggu Payudara Penuh

  • Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah!
  • Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu.
  • Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bererti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.

3. Minum Banyak Air

  • Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.

4. Fikir Bayi Fikir Susu

  • Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.

5. Berdisiplin

  • Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Bila hujung minggu jangan ponteng mengepam. Masa hujung minggu lah masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip No. 6 dan No. 7.

6. Tendum Pumping

  • Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik.

7. Teknik Marmet

  • Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Jika hanya menggunakan pam, cuma 60% - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. So lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalo dengan menggunakan pump dapat 3.5oz sebelah payudara, buat marmet boleh tambah jadi 4-4.5oz. 

8. Menyusu/Mengepam Lebih Lama

  • Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.
  • Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi atau selepas memerah bagi merangsang otak menghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar.
  • Mengepam lebih lama juga boleh buat merangsang letdown sehing 2-3 kali!

9. Penyusuan Malam

  • Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.

10. Urutan

  • Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com.

11. Pengambilan Makanan Tambahan

  • Amat digalakkan untuk mengambil Set Penyusuan ataupun Set Mighty 3 Gems untuk mengekalkan tenaga, kuantiti dan kualiti susu anda sepanjang berpuasa.



Untuk mendapatkan lebih info berkaitan suplemen yang diperlukan ataupun membuat pesanan jangan segan untuk menghubungi saya.
SMS/Whatsapp: 016-225 4594 (Fadilah)

Marhaban Ya Ramadhan

Alhamdulillah masih diberikan kesihatan dan dipanjangkan usia untuk menyambut Ramadhan tahun ini. Semoga Ramadhan kali ini bakal memberi rahmat dan keberkataan buat kita semua, insyaAllah.  =)



Tuesday, July 2, 2013

Promo Bulan Julai: GLA Complex

This month promo, GLA Complex Buy 6 Free 1!



Minyak Borage, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E 

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. 

Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan. Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. 

* Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Rujukan: shaklee.com.my

Untuk sebarang pertanyaan atau pesanan sila hubungi saya:
SMS/Whatsapp: 016-225 4594 (Fadilah)

Lebih Tenaga Ketika Puasa

Kurang seminggu lagi nak masuk bulan Ramadhan. Khas buat mereka yang tercari-cari makanan tambahan untuk bulan puasa yang bakal tiba tak lama lagi, di sini ingin saya kongsi sedikit info product yang sesuai untuk semua.

Energizing Soy Protein
  • Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. 
  • Protein adalah amat penting dalam pembinaan tubuh badan kita, terutama kepada janin dan bayi yang sedang membesar.
  • Membekalkan tenaga, 
  • Memberikan rasa kenyang.
  • Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat.
  • Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit.
  • Membanyakkan susu badan (milkbooster) 
  • Membantu mengekalkan kepejalan otot.
  • Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal. 
  • Mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat.

Meal Shakes
  • Ianya multivitamin atau pun pemakanan lengkap. Rasanya sangat sedap seperti rasa ice cream vanila tapi dalam bentuk serbuk. 
  • Salah satu pilihan pemakanan yang diberi jolokan ‘easy-on-the-go meal’ kerana penyediaannya yang begitu mudah, dan kandungannya yang lengkap membekalkan nutrient keperluan harian. 
  • Sesuai untuk kanak-kanak yang aktif dan tak boleh duduk diam. Sesuai juga buat mereka yang tidak sempat mengambil sarapan dan hidangan yang seimbang. Juga membekalkan nutrisi kepada mereka yang sukar untuk menelan suplemen dalam bentuk pil terutama warga tua. 
  • Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh. 
  • Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein. 
  • Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik 
  • Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.

Performance Drink
  • Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik. 
  • Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina. 
  • Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan. 
  • Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah. 
  • Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam. 
  • Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tetapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas, kanak-kanak yang demam kerana lazimnya kanak-kanak demam kurang selera makan oleh itu dapat membantu daripada mengelakkan dehydration.

Rujukan : vitaminsemulajadi.com & whiteymommy.com



Dapatkan harga istimewa daripada saya khas sempena bulan Ramadhan. 
SMS/Whatsapp : 016-225 4594 (Fadilah)